..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

07 January 2014

Pengalaman Interview Penyelia Asrama N17

Hari ini 6/1/2014 I telah menghadiri temuduga di pejabat spa negeri. 

Ok I nak share pengalaman hari ni.. Temuduga hari ni adalah yang paling teruk pernah I lalui. I suppose datang interview jam 10.00 am but awal sampai jadi interview sesi pagi.. Jam 8.15am i sampai and terus daftar. Bila masuk terkejut sebab dalam pejabat tu hanya ada dua orang termasuk saya. I pon teringan sangat mulut bertanya kat pembantu spa tu.. " tumpang tanya encik, ini je ke yang hadir".. and then dia jawab "habes tu u nak berapa ramai yang datang".. I terkejut bila jawapan macam tu yg i dapat. I positive je.. anggap yang dia pon sedang mood tak baik sebab ramai yang belum hadir.. 

Ok sekarang cerita semasa interview.. SESUNGGUHNYA... I tak sangka soalan yang ditanya sebegitu rupa.. macam biasala la kan kita mesti expect soalan yang bakal ditanya seperti nama menteri, rukun negara, tugas kita dan lain2x yang selalu ditanya untuk jawatan spm ni. ... ok i orang yang kedua.. 

But... i cerita ye.. mula interview macam biasa kenalkan diri.. panel seorang lelaki dan perempuan awal 30an

  • kita cerita pasal kerja terkini kita.. bagi reason kenapa berhenti keje sebelum tu.

  • jika di pilih bagaimana anda ingin menjadi seorang penyelia yang kreativiti dan inovatif. apa yang anda perlu lakukan untuk menjadi seorang yang kreatif- i bagi jawapan but dia suruh terangkan

  • tentang kreativiti dan inovatif lagi.. apa yang anda akan buat pada hari pertama anda masuk. apa yang anda akan cadangkan.. i jawab la jawapan i kan.. then dia tanya jika pihak atasan tidak suka dengan idea anda apa yang anda akan lakukan.. bagaimana anda ingin yakinkan pihak atasan. I jawab minta diberi peluang bla bla, but panel tu tanya lagi apa cara awak nak yakinkan.. macam mana dia nak beri peluang jika belum yakinkan.. kat cni saya dah blur.. saya x boleh bfikir sebab x sangka soalan mcm ni muncul. (dalam hati sy bkata macam mana sy nak buktikan jika saya tak diberi peluang)

  • panel ada tanya I degree holder mcm mana I nak kurangkan gap (jurang) dengan kakitangan yg sama jawatan sedangkan mereka spm. 

  • panel tanya pasal pelan integriti nasional. amek tahu ea pasal integriti dan  integrasi.. i kena teruk part ni. i  study pasal pelan integriti nasional tapi akhirnya i blur.. apa nilai integriti perlu ada dalam penyelia asrama. integriti yang macam mana.. macam mana nak gunakannya. relate kan integriti tu dengan jawatan u apply.. semua interview akan tya ni
banyak nak share tapi tak ingat dah sebab blurr.. i terdiam sebab nak fahamkan soalan. 

kesimpulan interview.. sangat2x sedih.. walaupun i degree holder tak semua i on the spot tahu kan.. i tak kisah pegang jawatan kerani kerajaan. asalkan ia menjamin masa hadapan i dan family. 

rasa seperti tidak adil bila I dapat soalan sebegitu untuk jawatan tu.. jujur cakap interview penolong pegawai yang i pernah lalui tak sesusah interview kali ni.. 

keluar bilik interview I rasa sedih sangat2x. but i redha.. tuhan dah tentukan rezeki kita kan.. I akan ambil pengalaman ni dan jadikan pengajaran untuk interview akan datang. ..Jangan putus asa.. and never let anyone bring you down.. 


08 November 2013

good night!


When someone walks away from you its not the end of your story,
its the end of their part in your story



no more love for you.. kumbang itu banyak.. memilih itu sangat-sangat sukar fullstop!

07 November 2013

status: simpanan lantikan

UPDATE! 27092015
Untuk makluman semua SPA dah pun update kenyataan seperti berikut:


Dengan ini terjawablah segala pertanyaan kita semua
boleh cek di semakan permohonan ye... 

:: Adik saya pun sudah ditawarkan mengikuti latihan kkm pada Jan 2016...sentiasa update SPA ye... Good Luck.. 
__________________________________________
update! 03062015
SPA dah bagi date tarikh simpanan valid sampai bila... jangan lupa cek ye!.. saya valid till Julai 2016.. jawatan apa rahsia (dah keje pon mohon lagi.. hehehe).. 

::saya sudah pun berkhidmat untuk negara.. saya doakan kamu semua begitu.. just be patient 
__________________________________________
update!

good news... i dah tanya sendiri dari wakil spa yang interview.. jawatan simpanan ni valid.. maksudnya akan di panggil cuma masa menentukan.. ada kosong dapatlah tempatnya.. katanya kebanyakan orang ditawarkan tak lapor diri.. so simpanan la penganti nya... good luck darl...:)... keep update spa dengan jawatan baru yang di iklankan.. dan jangan pernah putus asa yah!... :)
___________________________________________

Wah!.. agak lama juga ye.. i tak mengarang di sini... aiceh.. bahasa ibunda sungguh ... Ok , i kembali sebab mahu berkongsi hal mengenai "simpanan lantikan".. 

Actually, i curious pasal hal ni... nak tahu sangat apa yang di maksudkan dengan simpanan lantikan nih.. almaklumlah kan.. i memang berharap dapat kerja dengan gomen ni.. mana la tahu u'ols tahu jadi boleh lah berkongsi sama kan... sharing is caring... 

Semalam terdetik hati nak check spa.. jadi as usual log in la borang tengok kat semakan permohonan.. kebanyakan semua mention tidak memenuhi syarat.. its ok i redha bukan rezeki i lagi kan.

13 May 2013

GERIMIS MENGUNDANG LIRIK....:(


Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan

Pernah juga kau pinta perpisahan
Aku sangkakan itu hanyalah gurauan
Nyata kau serius dalam senyuman

Reff:
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

Kembali ke Reff

Sia-sia kukorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar ku menangis


P/S: sedihnye...:(

28 February 2013

low quality or high quality

3 hari yang lepas.. i semangat mendownload RUNNINGMAN show.. i download dari episode 131 hingga episode 134... satu low quality sb x sabar nak tengok.. and 3 lagi high quality sebab nak menjamin kepuasan menonton katanya... ok masa tengok yang low quality.. happy jea.. ketawa2x.... i tangguhkan tengok next episode hari ni.... 


fuh~ sungguh tercabar keimanan tengah menonton td... rasa nak pecah2x kan je laptop ni... geram... sangkut2x.... baik x yah bg high quality kalau poor quality...kalau satu yang trouble i boleh tahan lagi... tiga2x ke longkang... taw x nak download tu lama!!!... 

haish... sini meh i nak advance... baik u all download low quality punya daripada high quality... serius stress tahap apa ntah ni... baik tengok online lagi laju... 



entry di atas merupakan entry jam 11.00am....

01 February 2013

LAGU JOHOR NEGERIKU






Negerinya besar di suatu masa
Barat timur selatan ke utara
Pusat pemerintah di johor lama
Dikenali juga kota diraja

Memerintahkan rakyat negeri
Serangan musuh terus di tangkisi
Berbagai cabaran sama menangani
Bangun jatuh berdiri kembali

Bacalah sejarah negeri johor
Negeri terbilang serta termashur
Dalami sejarah kenali bangsa
Barulah kita dapat berbangga

Sejak dahulu sehingga kini
Berbagai perubahan di lalui
Lapan daerah berkembang maju
Pesat membangun Johor negeriku


SAYA BANGGA MENJADI ANAK JOHOR...:)


20 January 2013

rimas!


sekarang adalah waktu-waktu yang merimaskan... rimas dengan setiap pertanyaan  yang di ajukan oleh orang-orang yang agak suka m'yelak kain orang...

bila nak kerja.... bila nak kawen... bila nak ada anak sendiri... bila nak kumpul harta.. rimas!...  .. 

jawapan yang sama akan dibagi setiap pertanyaan tu di ajukan... belum ada rezeki... belum ada jodoh.... bila masuk bab anak... i akan jawab nak ambil anak angkat!..then bila i jawab mcm tu.. akan keluar pulak.. x nak tengok anak sendiri ke.. yang perempuan nya mcm mana.. yang lelaki nye macam mana...

haih!... kalau la umor boleh main stop stop... i nak umor 21... x nak dah bertambah... masa tue happy jea..

hurm.... macam mana ea kita nak buat orang stop tanya soalan2x yang merimaskan tue...

yang paling tak boleh blah.. suka suki 'kenen mengenen' (jodoh menjodoh) kan orang... rimas!

sekarang ni.. i buat hal sendiri.. lantak la si "penyelak kain" tue nak cakap apa... anggap je la tue dah memang hobi die...

sekian~

p/s: semoga tahun 2013 akan dipermudakan segalanya ..amin...:)

12 January 2013

dear KAU EN PERASAN SENDIRI



TOLONG JANGAN  PERASAN
FAHAM!

UNTUK MAKLUMAN.. SAYA TAK SUKA KAMU
BERHENTI PERASAN!
KERANA ITU AKAN MENYAKITKAN PERASAAN KAMU SENDIRI

JANGAN SAMPAI SAYA MEMBENCI KAMU

INI SATU AMARAN

BERHENTI MENGANGGU SAYA DAN MENCANANG PADA ORANG.. SAYA DAN KAMU DALAM PROSES KENAL HATI BUDI... 

KITA TAK AKAN DAN TIDAK SEKALI2X!

SILA UNDUR DIRI DENGAN SENDIRI.. TOLONG!

SAYA HORMAT KAMU... HARAP KAMU HORMAT SAYA...

SEKIAN..

:: kau perasan sangat!.. aku tak pernah amek tahu pasal ko.. tup2x keluar cerita macam aku kenal ko..  sorry..


dear belog

google

saya pegang kata-kata di atas... mungkin satu hari nantikan... bila lah hati ni nak bukak untuk lelaki.. saya di kecewakan masa umur baru setahun jagung kata orang.. umur baru 20an masa tue.. tak kan saya lupa sampai bila2x... genap seminggu keberadaan saya di universiti saya single buat sekian kali... dari saat tu saya buat keputusan untuk fokus study n tak nak fikir pasal lelaki.. 


ada yang cuba rapat tapi susah betul hati ni nak suka.. ada saja fikiran negative yang cakap jangan!.. mungkin pengalaman membuatkan saya lebih berhati-hati.. kata orang biarlah pilihan terakhir sampai ke hujung nyawa...  saya cuba tak nak kecewakan orang tapi saya tak boleh.. senang cerita saya tak sedia lagi bergelar "isteri".. biarlah orang kata umur dah sesuai kawen.. saya tak kisah janji saya happy dengan kehidupan single saya sekarang.. 

cerita pasal ada yang cuba rapat... mostly yang cuba rapat dengan saya semua 30an.. but its ok.. saya pon dah turn 25 tahun (16 hari lg). half 50... mereka2x ni ok.. but hati saya?!.. memang tak boleh nak terima... memang saya dah kecewakan dorang... maaf sangat!.. mungkin satu hari.. 

then, ada sorang guy umor lebih muda dari saya.. saya lebih senang berkawan dengan dia... dia terlalu sempurna di mata saya.. saya lebih selesa anggap dia adik.. maaf ea dik!..

apapun.. redha dengan ketentuan tuhan.. jodoh pertemuan di tangan tuhan... 

Sekarang, fokus kepada kehidupan, build kerjaya n masa hadapan...:)... u can do it ama...:)

::pray for me..:)... thanx peeps!

21 December 2012

bila cinta....


korang pernah ada cinta monyet.. everyone mesty ada kan ( tak tahu lah kalau yang tak pernah).. nak diceritakan.. i banyak kenal guys.. tapi masa zaman muda remaja..  i cuma tertarik dengan sorang mamat ni... honestly kami hanya berkenalan melalui surat menyurat.. aiceh.. zaman dulu kan sms mahal 5posen gitu sekali sent... lagi pulak 5posen dah cukup mahal masa tu.. hihihi.. nak dijadikan cerita hal ni jadi apabila aunty i n adik dia hantar "borang untuk berkenalan di stesen radio".. memang hampeh la masa tue.. bila dapat tahu geram.. patutlah masa tu i pelik sangat kenapa banyak surat sampai rumah orang nak berkenalan.. 

fuh~..dahlah i ni jenis tulisan x cantek.. malas pulak nak mengarang.. haih.. i bg jea kat my sis suruh dia yang berkenalan.. i cuma tertarik untuk balas satu surat je.. dari situ lah perkenalan kami bermula.. masa tu i form 2 n dia lower 6 if i tak silap.. kami berkawan.. surat! ayat dia memang best giler.. tu yg buat i tertarik dengan surat-surat dia.. i simpan semua surat dia bg sampai la i masuk universiti.. i ingat lagi birthday card gambar katak dia bg kat i.. masa tu terkejut dapat kad birthday masa form3.. dah la i memang benci katak.. i dapat picture dia.. no bad.. boleh tahan...haih.. i ingat semua kenangan tue


                               saling x berutus surat
semua tu berpunca dari i sendiri.. dulu i tak ngaku tapi bila dah meningkat dewasa baru i sedar i dah sakit kan hati orang.. i ikut kan rasa hati.. nak dijadikan cerita dia berterus terang akan nama sebenar dia.. nama yang digunakan hanyalah nama samaran.. hurm darah muda jadi i sentap lah masa tu... 

dia ada mintak nombor telefon rumah tapi i takut nak bagi sebab nenek i strict sangat.. tak bagi berkawan dengan lelaki sebab masih bersekolah.. i lost contact dengan dia.. i tak balas semua surat-surat dia... kejam! kan... dia mintak my picture tapi i tak bagi sebab i takut!.. ada sebab kenapa i takut...biarlah i seorang jea yang tahu

13 December 2012

download movie cara senang dan mudah

kata orang: bukan senang nak senang bukan susah nak susah!..

sebelum ni saya pun failed men'download... segala macam dah saya buat untuk download movie... segala software saya cuba hasilnya GAGAL!...



ok..download movie cara saya.. 



FIRSTLY....
  •    kamu mestilah download dulu uTorrent....
  •    done.. cam biasa install dulu..

next step...

lebih kurang ini lah rupa laman web tu...



lepas tu korang search la nama movie.. make sure nama movie tu betul..

contohnya:

nak download resident evil retribution.. korang search akan kuar list camni..


then korang pilih la.. tengok kat komen.. selalunya dorang akan rate kan 10/10

mcm ni:: A 10/10...V 10/10.. AUDIO N VIDEO..

next..

bila dah puas hati tekan get this torrent


akan keluar macam ni..



klik launch application... then akan keluar camni


klik ok...




tunggu sampai seeding... mendownload ni tahap kesabaran kena tinggi... selamat men'download..

iamNEETA- Tuhan tolong aku



lagu ni best.. quality video pun ok.. enjoy..:) jangan lupa pause lagu dulu...

12 December 2012

oohhh ama!!... sila diet!!

selalunya orang buat azam time tibanya tahun baru... 1 januari kan... tapi saya dah dengan segala hormatnya mengumumkan ingin mengurangkan berat badan setelah berat saya naik dengan mendadak sejak duduk di rumah.. ehe.. jangan salahkan mak saya kerana memasak makanan yang sedap.. saya masak sendiri taw!

ok.. dulu saya tak kisah pasal diet.. tapi sekarang saya harus amek kisah!... disebabkan ade sorang girl tegur saya  pada suatu ketika.. eh dulu tak gemok camni.. sekarang lain... ohhh... saya rasa sangat teruk!!... 

saya sangat suka minum kopi!.. oh nak di ceritakan saya telah pon secara rasmi meninggalkan kopi!.. hari2x saya tengok air kopi made by my grandma tapi tabahkan hati... jaangann!... syukur.... dah 2weeks saya tak sentuh kopi... saya juga menjadualkan waktu makan iaitu sebelum jam 12.00 tengahari dan sebelum jam 7.00 petang..  sekian untuk permulaan... saya harap.. saya akan berjaya mengurangkan berat badan...

sumber en google


bukan apa... saya sendiri rasa berat nak bangun... berjalan kejap dah penat.... kalau dulu saya masih lagi bertenaga... sekarang tidaakkk... mudah-mudahan usaha saya akan mendatangkan hasil....#bye

p/s:: doakan saya..:)

11 December 2012

konbanwa

dear reader..

firstly, saya menjanjikan mahu mengupdate mengenai list royal princess yang saya suka... tapi saya memang busy yang teramat... aiceh... mengalahkan orang berkerjaya nih!... 


actually banyak yang ingin saya ceritakan di belog tapi apakan daya cardreader n usb saya hilang ntah ke mana  mau buat alasan la tu.kekeke.... macam-macam lah yang nak saya kongsikan.. 

nak ceritakan sesuatu mestylah kene ada gambar.. sebab pada saya setiap gambar itu mempunyai ceritanya yang tersendiri... aicehhhhh.. x boleh blah ayat.. oklah sekian untuk makluman.. yang tak berapa nak maklum ni... akan diusahakan untuk mengeluarkan gambar2x disini... sekian

oyasuminasai~~~mata-ne





08 November 2012

siapa siti kassim

actually selepas saja saya tengok buletin tv3 8 Nov 2012.. saya terus google sebab nak tahu sangat siapa SITI KASSIM. Yelah la kan saya suka follow cerita nurul izzah anwar dan saya juga pengikut laman sosial beliau walaupun  saya fully kerajaan.. tak salahkan kalau kita meminati seseorang. hurm sedikit terkejut dengan kenyataan nurul "melayu bebas beragama"  dan tertanya2x betul ke beliau berkata sedemikian? ..bagi saya itu kenyataan beliau, terpulang orang mahu menilainya macam mana.. saya positif sahaja.

berbalik kepada siti kassim tadi, saya google sebab tertarik dengan kenyataan "beliau pernah mewakili orang asli".. jadi sebagai seorang orang asli saya berasa terpanggil nak tahu kes apa yang beliau pernah "handle".

done google.. hurm x banyak yang saya tahu pasal dia...

kat link bawah ni cerita yang keluar kat tv3 just now..

i am disappointed with nurul

ni gambar siti kassim.. ni je yang jumpa- sumber google


:: nanti try google lagi..

06 October 2012

i love kate middletton

kenapa saya meminati kate middletton...


  1. kate memiliki kecantikan semulajadi memang sesuai la kan dengan putera di raja
beautiful kate
2. kate sangat cantik dan simple di hari perkahwinannya


with her sister pippa


 3. kate persis puteri diana..:)


4. kate sangat menghormati ajaran dan peraturan sesebuah negara

:)
5. saya memang meminati kate middleton... kalau nak buat pos pasal kate ni memang tak tercukup la ni...


p/s: lepas ni entry pasal royal princess yang saya suka dan cantik...:)






27 September 2012

Masa itu datang lagi... 25TH UUM CONVOCATION

diam tak diam masa yang di tunggu-tunggu.... 

sumber cik google..:)



Universiti Utara Malaysia (UUM) akan mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-25 UUM seperti berikut:


Tarikh : 6 - 10 Oktober 2012 (Sabtu – Rabu)

Tempat : Dewan Mu'adzam Shah


cant wait~~ uum i'm coming soon..
actually, tiada apa yang lebih mengembirakan ketika di keberadaan di university..

miss my student life........ 

bak kata pensyarah saya..

"pengalaman hidup di universiti la (means degree) yang akan awak kenang sampai bila2x"

eh ade lagi pensyarah saya kata:

"awak-awak ni patut beruntung sebab masa degree la paling seronok.. semua orang amek kisah.. even saya pon terpanggil untuk mengambil berat akan student2x saya... kalau amek master.. pandai2x awak sendiri la.. xde sapa yang amek tahu"... 

saya sendiri tak tahu kenapa ini antara yang saya ingat waktu study dulu.. hurm... terima kasih puan pensyarah sebab ambil berat..:)... 

p/s: saya belum further study lagi.. jadi tak tahu... sapa2x yang dah leh la share...:)


19 August 2012

syawal menjelang lagi~~

happy eid mubarak to all...

macam biasa di hari yang mulia ini saya ingin memohon seribu kemaafan jika ada tersalah dan tersilap... aiceh!... sweet plak ayat... 

first raya normal jea sebab tak sambut raya pon tahun ni.. takda langsir baru... perabot baru.. and so on.. wah karangan gitu!.... 

walaupon tak menyambut lebaran saya dengan semangat kerajinan yang jitu telah memasak juadah yang cukup simple untuk santapan keluarga.... soto nasi dan lontong... walaupon tak sehebat chef wan tapi ok la kan.. kira berjaya la tue... kikiki...(puji diri sendiri nampak..:P)

teringin nak wat kad raya cam kawan-kawan yang lain... jadi inilah hasilnya...
SELAMAT HARI RAYA

biar simple asalkan maksud sampai... hehehe... done in 10 minute.... nak jugak isi pic zaman 60an tu siap reben2x.... kikiki

ok... SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN...

p/s: macam raya jea....



11 June 2012

size chart.... saiz baju.... woman only!

sumber dari en google:  selalu gak aku order baju tapi susah tol nak hengat! nah aku letak kat cni.


26 May 2012

i'm runningman (RM) fan!!

kwangsoo,  jongkook, jaesuk, jiyo ,sukjin, haha and gary .

Adore gler kat RM.... kalau menjelang jea hari jumaat mesti i mandi awal sb nak ngadap RM ni.. jangan kata i jea.. my sibling pon sama naik... kalau dulu-dulu dorang marah... sekarang hambeekk ko... terkena sama... bukan tak nak layan kat internet tapi lagi feel kalau tengok kat tv.... kan..kan..kan. leh gelak ramai-ramai.... paling minat kat si hijau ni ade jea lawaknya hehe ~~masih terbayang gelagat dia~~... tak dapat bayangkan RM without him.. mesti tak bestkan... almaklumlah antara MC terbaik di korea selatan.. 

masih ingat lagi episod 41 song joongki last dengan RM. walaupun sikit jea part die nangis tapi sedih gler.....


banyak games yang menarik dalam RM ni... i buat explorace pun guna idea dari sini...

HOPE RM WILL COME TO MALAYSIA.. sebelum ni ada katanya dah tak jadi... sedih :(.... tetapi tetap berharap :).... 

RUNNINGMAN TERBAEEEKKK

DAEBAK!!!